Samsung Music Frame Ialah Speaker Pintar Merangkap Bingkai Gambar

TechnologyDigital
8 Jan 2024 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung telah menawarkan TV pintar The Frame sejak 2017 sebagai cara membolehkan televisyen menjadi sebuah bingkai gambar apabila tidak digunakan. Pelbagai karya seni terkemuka serta pilihan memperibadikan bingkai ditawarkan kepada pelanggan. Di CES 2024, Samsung melancarkan pula Music Frame yang merupakan speaker pintar yang kelihatan seperti sebuah bingkai gambar.

image is not available

Music Frame dilengkapi dua woofer, dua tweeter dan dua pemandu midrange yang membolehkan ia memainkan audio Dolby Atmos. Jika dua Music Frame dimiliki, ia boleh berfungsi secara stereo dengan sehingga lima boleh digabungkan secara serentak. Menerusi sistem Samsung SpaceFit, speaker akan menala audio secara automatik mengikut saiz bilik. Peranti muzik boleh ditambat kepada Music Frame menggunakan bluetooth serta sambungan WiFi tetapi Samsung tidak mengesahkan pula sokongan AirPlay 2 pada ketika ini.

image is not available

Kerana ia produk Samsung, speaker bingkai gambar ini juga boleh dijadikan hub untuk peranti internet benda SmartThings. Setiap bingkai mempunyai bahagian penutup akrilik dengan pemilik boleh memilih untuk meletakkan gambar atau mencetak sendiri karya seni yang ingin dipaparkan di hadapan. Harga jualan Samsung Music Frame masih belum diumumkan ketika artikel ditulis.