Samsung nak guna satelit untuk anda bersidang video di telefon

Technology
24 Feb 2023 • 11:30 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung mengumumkan yang mereka telah berjaya menghasilkan prototaip protokol komunikasi dua hala telefon menggunakan teknologi satelit yang mampu mengangkut bukan sahaja mesej berteks, malahan panggilan suara bervideo.

Menggunakan modem Exynos 5300 sebagai sampel, mereka hadir dengan piawaian rangkaian 5G bukan daratan yang memenuhi panduan yang telah digariskan 3rd Generation Partnership Project (3GPP Release 17). Ia bagi memastikan segala teknologi komunikasi baharu ini boleh diguna pakai dengan teknologi legasi ataupun perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan telco-telco di daratan.

image is not available
Teknologi yang sedang Samsung bangunkan

Antara cabaran yang perlu diatasi Samsung dalam membangunkan rangkaian telekomunikasi masa hadapan ini adalah daripada segi mengira dengan tepat keduduk satelit yang berada ratusan kilometer di atas langit serta Kesan Doppler yang dialami gelombang radio yang merambat daripada darat ke atas sana.

Ini baru permulaan. Di masa hadapan, mereka katanya sedang membangunkan rangkaian khas untuk kelengkapan IoT, juga untuk berikan fungsi boleh hubung dengan satelit melalui teknologi yang dipanggil Narrowband Internet of Things (NB-IoT) NTN.

image is not available
Masalah yang ingin dirungkaikan Samsung

Sekiranya berjaya, manfaat yang bakal dibawa teknologi ini adalah cakupan telco tidak mengenal batas geografi di seluruh pelosok dunia. Namun, untuk pengguna biasa seperti saya dan anda, tidaklah diketahui bilakah ia akan mula masuki arus perdana.

Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan