Samsung Odyssey OLED G8 Boleh Dipratempah Di Malaysia Pada RM7599

TechnologyDigital
7 Nov 2022 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Odyssey OLED G8 adalah sebuah lagi monitor gaming pintar selepas Samsung Odyssey Ark. Bagi yang berminat, ia boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM7,599 dengan pemberian hadiah percuma bernilai RM799 (berupa Soundbar HW-B450). Promosi hadiah percuma ini bagaimanapun terhad untuk sesi pembelian yang dibuat bermula 10 hingga 20 November sahaja.

image is not available

Samsung Odyssey OLED G8 hadir dengan skrin 34″ OLED QHD 175Hz dengan nisbah 21:9. Skrin ini juga melengkung dengan jejari 1800R. Panel melepasi piawaian VESA DisplayHDR 400 True Black Certified, mempunyai masa tindak balas 0.1ms dan AMD FreeSync Premium.

image is not available

Menerusi Samsung Gaming Hub, perkhidmatan penstriman Xbox, NVIDIA GeForce NOW, Google Stadia, Utomik dan Amazon Luna boleh diakses. Menerusi sistem operasi Tizen pula aplikasi penstriman YouTube, Netflix, dan Prime Video boleh digunakan seperti sebuah televisyen pintar.

image is not available

Pilihan input ialah mikro HDMI 2.1, Mini DP (1.4) dan USB-C. Sistem audio pula mempunyai output kuasa 5W. Pada panel belakang pula terdapat sistem lampu LED CoreSync & Core Lighting+.

View Original Article