Samsung perlu membayar pampasan sebanyak $192 juta kepada Mojo Mobility kerana didapati melanggar lima paten sistem pengecasan nirwayar milik syarikat tersebut. Pampasan adalah dalam bentuk $67.5 juta atas pelanggaran paten dan selebihnya ialah royalti berterusan $1.50 untuk setiap peranti Samsung yang menggunakan teknologi pengecasan Mojo Mobility.

Saman difailkan pada tahun 2022 dengan mahkamah mengarahkan pampasan dibayar pada Januari tahun ini. Samsung segera memfailkan rayuan ke atas keputusan tetapi ia ditolak minggu lalu. Teknologi pengecasan nirwayar Mojo Mobility telah digunakan pada telefon pintar, jam tangan pintar, fon telinga nirwayar dan pelbagai lagi peranti Samsung sejak 2016.
Mojo Mobility berkata mereka beberapa kali bertemu dengan wakil Samsung sejak 2013 untuk melesenkan teknologi mereka tetapi tiada kata sepakat dicapai. Samsung pula cuba menafikan pelanggaran paten tidak berlaku kerana paten yang dikatakan tidak sah.

