Samsung Umum Pengenalan One UI 7 Akan Bermula 14 April 2025 Di Malaysia

TechnologyDigital
19 Mar 2025 • 10:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini akhirnya mengumumkan tarikh pengenalan rasmi untuk One UI 7, iaitu bermula 14 April 2025. Kemaskini One UI 7 akan diperkenalkan kepada siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6 dan Z Flip 6 terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada pengguna peranti Galaxy lain secara berperingkat.

image is not available

One UI 7 membawakan rekaan antaramuka yang dikemaskini, termasuk dioptimasikan untuk penggunaan AI. Pengguna juga turut boleh melakukan pengubahsuaian antaramuka mengikut citarasa dengan lebih menyeluruh berbanding sebelum ini.

Samsung juga akan memfokuskan Galaxy AI melalui One UI 7 ini, termasuk untuk membantu dalam penulisan, merumuskan sesuatu kandungan, memadam objek dalam gambar, serta pelbagai ciri pintar lain. Selain Galaxy AI, One UI 7 turut menyertakan integrasi Google Gemini bersama dengannya.

Antara peranti lain yang dijadualkan menerima kemaskini One UI 7 ini adalah termasuk siri Galaxy S23, Galaxy S24 FE, Galaxy S23 FE, Galaxy Z Fold5, Z Flip 5, siri Galaxy Tab S10 dan juga siri Galaxy Tab S9.