Samsung Wallet Kini Menyokong Kunci Pintu Rumah Digital

TechnologyDigital
3 Mar 2026 • 3:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung memperkenalkan Digital Home Key dalam Samsung Wallet, membolehkan pengguna Galaxy membuka kunci pintu rumah menggunakan telefon pintar mereka. Digital Home Key dibina berasaskan Aliro yang merupakan piawaian terbuka CSA untuk kunci digital dan kunci pintar pintu rumah.

image is not available

Pintu pintar rumah didaftarkan menggunakan Digital Home Key dalam Samsung Wallet menerusi integrasi Samsung SmartThings. Selepas didaftarkan, pemilik rumah boleh membuka pintu dengan sism NFC, kawalan terus dari dalam aplikasi atau secara automatik apabila berhampiran menggunakan. teknologi UWB.

Kunci disimpan secara selamat dalam Samsung Wallet dan dilindungi oleh Samsung Knox serta melepasi piawaian tahap keselamatan EAL6+. Bagi memastikan keselamatan jika peranti dicuri, kunci pintu digital perlu disahkan menerusi imbasan biometri atau memasukkan kod pin terlebih dahulu.

Antara jenama kunci pintu pintar yang disokong ialah Aqara, Nuki ,Schlage dan Xthings dengan lebih banyak akan ditambah di masa hadapan. Kemas kini sokongan kunci pintu rumah digital akan diberikan bulan ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved