Samsung Wallet Menerima Ciri Tap to Transfer Untuk Memindahkan Wang

TechnologyDigital
7 May 2025 • 9:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pemindahan wang di Malaysia kini adalah semudah mengimbas kod QR. Tiada lagi alasan tidak membayar hutang kerana tiada wang tunai. Samsung hari ini mengumumkan pula ciri baharu Tap to Transfer di dalam Samsung Wallet yang membolehkan wang dipindahkan antara dua pengguna dengan melagakan dua peranti.

image is not available

Ciri ini dibangunkan oleh Samsung dengan kerjasama Visa dan Mastercard. Maklumat kad debit yang disimpan dalam Samsung Wallet akan digunakan untuk memindahkan wang secara serta merta tanpa perlu menunggu pengesahan lama daripada bank.

Sistem NFC pada peranti Galaxy akan mengesan kehadiran sebuah lagi peranti Galaxy bagi membolehkan pemindahan wang dilakukan. Untuk menggunakan ciri ini, kedua-dua peranti perlu mempunyai aplikasi Samsung Wallet. Pada ketika ini Tap to Transfer diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini.

View Original Article