Samu Castillejo Sah Sertai JDT

LocalFootball
27 Feb 2025 • 9:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Samu Castillejo Sah Sertai JDT

Pasukan bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan penambahan ahli pasukan dengan kehadiran bekas bintang AC Milan, Samu Castillejo, lapor Stadium Astro.

Pengumuman tersebut dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi JDT sebentar tadi.

Selain Serie A, Castillejo juga pernah menyertai kelab-kelab La Liga iaitu Valencia, Villareal dan Malaga. Pemain berasal dari Sepanyol itu telah melakukan 300 penampilan ketika bersama kelab-kelab tersebut.

Malah dia juga pernah bergandingan bersama pemain terkemuka dunia seperti Zlatan Ibrahimovic dan Diogo Dalot di bawah bimbingan Stefano Piolo antara 2018 hingga 2022 ketika di AC Milan.

Lahir pada 18 Januari 1995, anak jati Málaga, Sepanyol ini memulakan kerjaya bola sepaknya seawal usia 16 tahun di akademi remaja Málaga CF. Pengurus, Javi Gracia menyerap Castillejo masuk ke pasukan utama Málaga CF pada Ogos 2014. Pemain muda ini mula menempa laluan dengan penampilan sulungnya dalam La Liga sebagai pemain pengganti menentang Valencia CF.

Pada 2 Februari 2015, Castillejo menjaringkan gol profesional pertamanya dengan jaringan gol kemenangan menentang Valencia. Prestasi cemerlang yang ditonjolkan menarik minat kelab Villarreal CF. Pemain itu menandatangani kontrak bersama Villarreal selama lima tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, Castillejo berjaya melayakkan kelab tersebut ke Liga Europa UEFA.

Awal tahun, JDT turut mengikat beberapa lagi pemain import iaitu Anselmo Moraes, Alvaro Gonzales, Roque Mesa dan Jonatham Viera.

https://www.instagram.com/reel/DGkox_rhmHV/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Sementara itu, JDT telah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/2025 berbaki empat perlawanan, lapor Bernama.

Pasukan itu telah menumbangkan Perak FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin lalu.

JDT yang menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super musim ini, kini dalam buruan untuk mempertahankan trofi Piala Malaysia apabila dijadual bertemu Sri Pahang FC pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April depan.

Pasukan Harimau Selatan akan melakar sejarah Triple Quadraple dalam tiga musim berturut-turut sekiranya berjaya menjadi juara Piala Malaysia musim ini.

The post Samu Castillejo Sah Sertai JDT appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved