Samun wanita: Trio diperintah bela diri

15 Jul 2025 • 10:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Tiga lelaki diperintah membela diri atas pertuduhan merompak seorang wanita.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan membuat perintah itu terhadap Mohd Melvin Matdi, 37, Sharizan Sablee, 26, dan Zamree Said, 36, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap trio terbabit.

Mereka dituduh merompak beg tangan berjenama milik wanita berumur 39 tahun itu pada jam 4.20 pagi, 7 Mac 2024 di tapak Tamu PWKNS di Manggatal, dekat sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Perbuatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos ini untuk ketiga-tiga tertuduh membela diri.

Pihak pendakwaan memanggil empat saksi semasa peringkat pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan manakala peguam Sylyester Kuan mewakili Mohd Melvin. Dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah melanjutkan jaminan terhadap Sharizan dan Zamree, manakala Mohd Melvin diperintah untuk direman lanjut.

Sementara itu, lima lelaki warga Pakistan didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan setiap seorang kerana tinggal di negeri ini selepas dokumen perjalanan mereka tamat tempoh.

Aman Ullah, Maaz Khan, Aleem Shah, Muhammad Luqman dan Ubaid Ullah masing-masing mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas pertuduhan terhadap mereka.

Kesemua mereka ditahan di Skim Penempatan Telipok jam 1.50 pagi, 29 Mei lalu dan didapati t tinggal lebih masa di negeri ini selama beberapa bulan selepas Pas Lawatan Sosial mereka tamat tempoh.

Muhammad dan Ubaid membayar denda itu manakala tiga lagi perlu menjalani hukuman penjara 12 bulan.

Selepas membayar denda atau tamat menjalani hukuman penjara, kelima-lima mereka diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk diusir pulang. Pegawai Pendakwa Baxter Goh dari Jabatan Imigresen mengendalikan pendakwaan.

View Original Article