Samurai Paint Raih Rekod Semburan Aerosol Tertinggi di Asia

LocalCars
10 Feb 2026 • 10:38 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pada hujung minggu lalu, Samurai Paint, pengeluar cat aerosol automotif terkemuka dari Malaysia, mencatat sejarah apabila berjaya meraih rekod semburan aerosol automotif tertinggi di peringkat ASEAN dan Asia.

Acara bersejarah ini berlangsung di Iskandar Puteri, Johor, menerusi satu program khas yang menyaksikan 30 buah kereta disembur serentak sepanjang tempoh tiga hari, melibatkan penyertaan pemilik kenderaan serta penyembur profesional dalam dan luar negara. Pencapaian ini turut menerima pengiktirafan rasmi daripada ASEAN Records dan Asia Records dalam kategori semburan aerosol automotif tertinggi dalam satu acara.

Menurut Pegawai Eksekutif Samurai Paint, Ian Ong Yoke En, pengiktirafan ini amat penting bagi membuktikan keupayaan teknologi aerosol yang mampu menghasilkan kemasan berkualiti tinggi pada badan kereta, setanding kaedah semburan konvensional.

Sepanjang acara tersebut, dianggarkan sekitar 1,200 tin cat aerosol telah digunakan, melibatkan penggunaan cat 2K dengan teknologi self-hardener terbina dalam yang tidak memerlukan proses bancuhan. Proses semburan pula dilakukan menggunakan aerogun unik rekaan khas Samurai Paint, yang dipatenkan bagi memberikan pengalaman serta hasil semburan seakan penggunaan mesin profesional.

image is not available

Sebagai simbolik kepada penganjuran acara ini, sebanyak 30 batang pokok telah ditanam di Sireh Park, Iskandar Puteri, melambangkan komitmen Samurai Paint terhadap kelestarian alam sekitar seiring dengan pencapaian industri.

Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Samurai Paint sebagai peneraju inovasi dalam industri cat aerosol automotif di peringkat Asia.

The post Samurai Paint Raih Rekod Semburan Aerosol Tertinggi di Asia appeared first on TW Media.