Samy Vellu Dikebumi Esok, Rakyat Dijemput Beri Penghormatan Terakhir

15 Sep 2022 • 11:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Orang ramai dijemput memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tun S Samy Vellu yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Bekas Setiausaha Akhbar mendiang, Datuk E. Sivabalan berkata, mereka yang ingin berbuat demikian boleh hadir ke kediaman rasmi beliau di No. 19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh di sini, selepas jam 2 petang hari ini. 

“Persiapan untuk upacara pengebumian sedang dilakukan sekarang.

“Saya dimaklumkan mayat mendiang dijadualkan tiba di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL di Jalan Kuari, Cheras di sini pada jam 4 petang esok,” katanya. - Getaran, 15 September 2022


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved