San Marino iktiraf Palestin sebagai negara berdaulat

WorldPolitics
28 Sep 2025 • 12:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

NEW YORK, 28 SEPT: San Marino semalam mengumumkan pengiktirafan rasminya terhadap Negara Palestin.

Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), pengumuman itu dibuat oleh Menteri Luar San Marino Luca Beccari ketika berucap pada Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

“Kami secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka dengan sempadan yang selamat serta diiktiraf di peringkat antarabangsa, selaras dengan resolusi PBB.

“Penubuhan sebuah negara adalah hak yang tidak boleh dinafikan bagi rakyat Palestin,” kata Beccari.

- BERNAMA-WAFA