Sandakan ‘mendidih’ catat suhu 38.8°C, Subang rekod hujan paling lebat

LocalEnvironment
5 Nov 2026 • 11:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sandakan ‘mendidih’ catat suhu 38.8°C, Subang rekod hujan paling lebat

PETALING JAYA – Kawasan Sandakan di Sabah merekodkan cuaca panas luar biasa apabila mencatatkan suhu harian tertinggi di seluruh negara iaitu mencecah 38.8 darjah Celsius (°C) semalam.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam perkongsian data taburan hujan dan suhu maksimum memaklumkan, Stesen Meteorologi Utama Kapit di Sarawak menyusul di tempat kedua dengan suhu maksimum 35.4°C.

“Stesen Meteorologi Utama Temerloh di Pahang dan Batu Pahat di Johor pula masing-masing mencatatkan bacaan suhu 35.2°C,” menurut jabatan itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Image from: Sandakan ‘mendidih’ catat suhu 38.8°C, Subang rekod hujan paling lebat
Infografik MetMalaysia menunjukkan taburan suhu maksimum dan jumlah hujan harian di stesen-stesen cuaca utama seluruh negara, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan taburan hujan, MetMalaysia berkata, Stesen Meteorologi Utama Subang, Selangor mencatatkan jumlah taburan hujan harian paling lebat di Malaysia dengan bacaan 89.4 milimeter (mm).

Jelasnya, ia disusuli oleh stesen Mukah, Sarawak yang merekodkan taburan hujan sebanyak 84.8 mm serta Chuping, Perlis dengan 53.4 mm.

“Sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan rancang aktiviti harian anda dengan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang serta saluran media sosial rasmi MetMalaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Sandakan ‘mendidih’ catat suhu 38.8°C, Subang rekod hujan paling lebat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved