Sandara Terasa Daesung BIGBANG Pilih 2NE1 Sebagai Kumpulan ‘Tak Bawa Untung’ Di YG

Music
16 Feb 2024 • 7:04 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Biasalah melawak dalam rancangan hiburan kan?

Sebelum ini, isu mengenai Daesung BIGBANG memilih 2NE1 sebagai penyumbang terendah di YG Entertainment ketika muncul sebagai tetamu di “Psick Univ” hangat diperkatakan netizen.

Terbaru, Gwak Beom yang menghoskan “Psick Univ” semasa menjadi DJ istimewa di ‘Cultwo Show’ telah menanyakan perasaan Sandara Park mengenai isu ini ketika menjadi tetamunya. Katanya,

Saya terkejut dan agak kecewa pada mulanya. Saya tahu ia hanya hiburan tetapi saya agak kecewa.

image is not available

Tambahnya,

Saya ada bertemu Daesung di salon rambut sehari sebelumnya. Namun, apabila melihat wajahnya, saya berasa lebih baik. Hiburan adalah hiburan, dan kami sangat rapat. BIGBANG dan 2NE1 seperti adik-beradik.

Bergurau je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.