Sang Kenari mahu lepasi 'roadblock' PDRM FC

LocalFootball
31 Jan 2025 • 1:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Victor (tiga dari kanan) mengendalikan sesi latihan KDA FC di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada Khamis.

TIADA jalan mudah buat Kedah Darul Aman (KDA) FC biarpun menerima kunjungan PDRM FC pada separuh akhir kedua Challenge Cup 2024-2025 di laman sendiri, Stadium Darul Aman pada Sabtu.

Walaupun berjaya mengikat The Cops 3-3 pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pengendali sementara Sang Kenari, Victor Andrag menyifatkan tekanan masih dirasakan oleh kedua-dua pasukan tersebut.

Menurutnya, KDA FC perlu melepasi satu lagi ‘roadblock’ untuk mara ke final walaupun masih perlu bergantung harap kepada barisan pemain muda, selepas beberapa pemain utama masih dihimpit kecederaan.

“Pada separuh akhir pertama, Kita berjaya bangkit di lawan lawan walaupun bukan perkara mudah dengan menggunakan pemain muda.

“Para pemain KDA FC perlu mengambil peluang ini kerana hanya selangkah lagi untuk mara ke final dan kita akan cuba untuk melakukannya,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada Khamis.

Jelas Victor, beliau berharap semua pemainnya akan memberikan segala-galanya pada aksi tersebut kerana mereka mampu beraksi pada tahap lebih baik berbanding sebelum ini.

Menurutnya, para pemain muda turut bersaing untuk merebut kesebelasan utama dalam skuad Sang Kenari dan ia merupakan petanda yang baik buat pasukan.

“Kita berjaya seri di laman lawan bukan bermakna kita memperoleh peluang yang mudah di sini kerana PDRM FC adalah sebuah pasukan komited, dedikasi dan ramai pemain pengalaman, jadi peluang kedua-dua masih sama.

“Pada aksi kali ini, saya mahu pemain memberikan fokus supaya tidak melakukan kesilapan dan bolos pada minit awal, kita perlu cuba elak perkara-perkara ini,” ujarnya.

Pada separuh akhir pertama pada 18 Januari lalu, PDRM FC berjaya bangkit untuk mengikat KDA FC 3-3 selepas diberikan saingan sengit oleh skuad muda pelawat sepanjang perlawanan berlangsung di Selayang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved