Sangat Comel, Ini Antara 5 Interaksi Peminat & Idola K-Pop Tidak Dapat Dilupakan Ramai

Music
7 Dec 2023 • 12:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setiap idola K-Pop pasti ada peminat fanatik tersendiri.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 momen indah idola K-Pop bersama dengan peminat yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh mereka.

BTS

Antara kumpulan K-Pop yang mempunyai peminat yang sangat supportive ialah BTS. Semasa satu konsert BTS yang diadakan di Brazil, ia agak menyentuh hati apabila peminat menjerit mengatakan ‘kami sayang awak’ kepada RM BTS. Hal ini telah menunjukkan bahawa ARMY sangat menyayangi idola mereka tidak kira dalam apa jua keadaan.

BIGBANG

Bayangkan mana-mana ahli BIGBANG ini pegang tangan korang secara sengaja. Pasti nanti tak mahu basuh tangan kan? Inilah yang dirasai oleh seorang peminat lelaki apabila kelima-lima ahli BIGBANG itu memegang tangan mereka. Ia terjadi semasa para peminat menunggu untuk menyapa ahli kumpulan lelaki popular itu ketika BIGBANG World Tour.

Eunkwang BTOB

Eun-kwang menunjukan sikap prihatinnya apabila seorang peminat memuat naik satu komen mengatakan dia sangat sedih semasa idola itu sedang melakukan siaran langsung. Eun-kwang selepas itu memberi satu reaksi yang sangat comel dengan memberi semangat kepada peminat terbabit.

Wonwoo SEVENTEEN

Peminat ini sangat beruntung kerana Won-woo masih mengingati dirinya semasa majlis meet and greet bersama peminat SEVENTEEN. Sebelum itu, peminat terbabit dikatakan telah menyertai satu panggilan video bersama dengan Won-woo pada satu ketika dahulu. Tidak menyangka bahawa idola K-Pop bakal mengingatinya, dia berasa sangat gembira dengan perkara sedemikian.

APINK

Sukar sebenarnya untuk idola mengenal pasti peminat ketika mereka sedang membuat persembahan kerana jumlah penonton yang terlalu ramai. Namun, ia agak menyentuh hati apabila Bo-mi dan Cho-rong APINK boleh melihat peminatnya yang membawa anak kecil dan mereka sangat mengambil berat dengan situasi itu. Bo-mi dan Cho-rong juga berasa terharu kerana ibu itu sanggup membawa anak kecilnya semasa persembahan mereka.

Comelnya semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.