Kedatangan IU di Malaysia telah disambut meriah oleh peminat!
Pada 8 dan 9 Jun, IU telah mengadakan konsert jelajah selama 2 hari di Malaysia, yang berlangsung meriah di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dengan tiket yang telah habis terjual untuk kedua-dua hari berkenaan, anggaran peminat yang menghadiri konsert ‘H.E.R. WORLD TOUR’ itu adalah 30,000.
Menerusi video yang dikongsi peminat, IU telah mempersembahkan sebanyak 26 lagu secara keseluruhan termasuklah lagu “Love Wins All”, “Friday”, “Holssi” dan banyak lagi.
“kamu sangat bagusss”
“kamu sangattt cantikkk”
“sangatttttt sweet”
“Saya sangaaatttttt gembira sekarang”OH MY GOSH WHY IS SHE SOOO CUTE !!! #IU #IUinKL #HEREH#HEREH_WORLD_TOUR_IN_KL pic.twitter.com/7nTHoDXdwM
— siti (@heescore) June 9, 2024
Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga turut meluahkan rasa syukurnya kepada peminat, dengan memberikan ucapan dalam Bahasa Melayu. Ucapnya,
Kamu sangat bagus. Kamu sangat cantik. Sangat sweet. Saya sangat gembira sekarang!
IU’s final comment in Malay, “bye bye korang.. jumpa lagi ya”. #IUinKL #IUinMY #HEREH_WORLD_TOUR_IN_KL #HER_WORLD_TOUR_IN_KL pic.twitter.com/XevMFtyoCk
— ~Abby⁷ ~ (@abbyniz_twt) June 9, 2024
Kemudian sebelum meninggalkan pentas, IU juga sempat berkata,
Bye bye korang, jumpa lagi ya.
Datang Malaysia lagi tau IU!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Sangat Gembira” – Konsert 2 Hari Di Malaysia Selesai, Peminat Puji Kesungguhan IU Cakap Dalam Bahasa Melayu first appeared on KimchiDaily.my.



