“Sangat Susah Jadi Saya Ni, Duduk Bernafas Pun Orang Mengata” – Sophia Albarakbah Serik Berlakon Dengan Suami Orang

Entertainment
11 Oct 2023 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktres Sophia Albarakbah akui serik untuk bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang kerana enggan ada tanggapan buruk terhadapnya.

Selepas kontroversi melandanya sebelum ini, Sophia mahu dan berharap hanya digandingkan dengan aktor bujang serta akui penat untuk menjaga hati pihak lain.

Sophia turut menafikan dirinya seorang ‘penyondol’ atau menjadi orang ketiga yang menganggu rumah tangga orang lain.

Saya tak ‘sondol’ sesiapa ya. Buka kamus dan baca maksud ‘penyondol’ itu apa.

image is not available

Tambahnya, dia menyukai bidang lakonan namun tidak boleh lari dari kontroversi dan ia adalah perkara yang perlu dihadapinya.

Dalam pada itu, Sophia yang ditanya jika pelakon lelaki berstatus suami orang perlu berhati-hati jika bergandingan dengannya, dia menjawab,

Orang lain selalu salahkan saya. Kenapa? Saya tak pernah mulakan apa-apa dulu, hanya fokus bekerja. Sangat susah jadi Sophia. Tak buat apa, duduk bernafas pun orang mengata.

image is not available

Nama Sophia sekali lagi terpalit kontroversi dengan aktres yang sama, Bella Astillah selepas dia hadir menyaksikan konsert GV10 baru-baru ini.

Mengakui hadir untuk menyokong saudara perempuannya, Aisha Retno, Sophia bagaimanapun dilabel menipu dan putar belit oleh isteri Aliff Aziz itu.

image is not available 5 hours ago

"Takut Dengan Suami Sendiri, Kalau Suami Tak Layan.." - Netizen Rasa Bella Astillah Ada Masalah Kepercayaan Dengan Aliff Aziz