“Sanggup Buat 3 Kerja” – Kes Tikam Skandal Isteri, Abang Suspek Dedah Adik Seorang Yang Baik

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 2:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia suspek 1

Minggu lalu, tular di media sosial seorang lelaki meninggal dunia akibat ditikam di hadapan rumahnya. Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Sri Pagi, Senawang, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, suspek dipercayai menikam mangsa kerana berang isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki terbabit.

Keluarga terkejut, minta netizen tunggu keputusan mahkamah

Terbaru Sinar Harian melaporkan, keluarga suspek merayu agar orang ramai menghentikan komen negatif berhubung tragedi itu.

image is not available

Jelasnya, orang ramai tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut.

Saya harap netizen yang tidak tahu cerita sebenar, hentikanlah komen-komen negatif atas apa berlaku. Adik saya pun telah dituduh di mahkamah hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita tunggulah keputusannya nanti.

Katanya lagi, seluruh keluarga terkejut dengan apa yang berlaku namun percaya setiap kejadian pasti ada sebabnya.

Suspek digambarkan sebagai anak yang baik

image is not available

Menurutnya, suspek yang merupakan anak bongsu daripada 15 beradik itu seorang yang bertanggungjawab.

Demi menyara isteri dan dua anak berusia lapan dan empat tahun, adik sanggup melakukan tiga pekerjaan serentak.

Pada waktu pagi dia bekerja sebagai tukang masak, petang dia jadi penghantar makanan dan malam buat kuih pula untuk isterinya berniaga pada keesokkan pagi. Kami tahu dia memang utamakan keluarganya dan dia memang seorang adik yang baik.

Tambahnya, keluarga akan melantik peguam bagi membantu proses pendakwaan kes tersebut.

Pssttt! Kisah ini benar-benar menyentuh hati kerana menggambarkan sisi lain seorang lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk keluarga, tapi akhirnya dikhianati. Apapun, biarlah mahkamah yang menentukan keadilan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.