Sanggup habis RM6,000 demi Y15 cecah 200 km/j

LocalCars
18 Oct 2026 • 12:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sanggup habis RM6,000 demi Y15 cecah 200 km/j

KUALA LUMPUR – Sanggup berhabis RM6,000 untuk melakukan pengubahsuaian pada motosikal bagi menjadi laju sehingga mampu mencecah hampir 200 kilometer sejam (km/j).

Itu pengakuan seorang lelaki berusia 21 tahun yang ditahan dalam operasi samseng jalanan di Jalan Ampang, di sini awal pagi tadi.

Lelaki yang bekerja sebagai pembantu peribadi itu berkata, motosikal Yamaha Y15 miliknya itu baru selesai diubah suai dua hari lalu.

“Saya habis kira-kira RM6,000 untuk ubah suai motosikal ini. Saya buat sebab minat dan mahu kepuasan sendiri,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, motosikal berkenaan telah diubah suai secara keseluruhan selain tidak mempunyai brek belakang supaya kelihatan lebih kemas dan ringan.

“Kelajuan motosikal ini boleh cecah hampir 200 km/j. Itu yang buat ia mahal tetapi bila jadi macam ini, saya menyesal. Saya sedar apa yang saya buat ini bahaya dan boleh mengancam nyawa,” ujarnya.

Motosikal tersebut antara 60 yang disita dalam operasi bermula pukul 3 pagi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Ketua JSPTKL, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kebanyakan motosikal yang disita didapati tidak mempunyai brek belakang selain melakukan pengubahsuai ekstrem.

Menurutnya, pihak JSPT telah memeriksa lebih 800 penunggang motosikal dan mengeluarkan lebih 300 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi dijalankan. – KOSMO! ONLINE

The post Sanggup habis RM6,000 demi Y15 cecah 200 km/j appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved