Sanggup Jadi Hantu Untuk Kacau Pengguna Jalan Raya

LocalPolitics
19 Aug 2024 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Polis cekup seorang wanita yang disyaki menyamar sebagai hantu di Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru Johor malam semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat.

Menurutnya, pihaknya menerima satu rakaman video tular di laman media sosial yang memaparkan kejadian seorang individu wanita menyamar sebagai hantu menyergah pemandu kenderaan di tepi jalan tersebut kira-kira jam 12.30 malam 27 Julai lalu.

“Semakan rekod jenayah terhadap suspek mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kes jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dihukum denda RM1,000 pada 27 Jun 2018,” katanya menerusi kenyataan.

Aiasatan mendapati modus operandi yang digunakan suspek ialah menendang kenderaan yang lalu di kawasan itu dengan tujuan untuk mengakibatkan kemalangan terhadap dirinya dan memeras wang daripada orang yang melanggarnya.

Malah, semakan rekod perubatan mendapati, pada 2022 dan 2023 suspek telah dimasukkan ke zon kuning Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru disebabkan terlibat dalam kemalangan dan mengalami kemurungan.