Sanggup menyorok di luar tingkat 13 elak dicekup khalwat

LocalPolitics
11 Apr 2026 • 3:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lelaki tidak berbaju itu berbaring di bawah kompresor luar bangunan tingkat 13 ketika pemeriksaan JAIM pada Jumaat. Foto sumber JAIM
image is not available
PPA menjalankan pemeriksaan di unit berkenaan pada Jumaat. Foto sumber JAIM
image is not available
Pasangan itu dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakn lanjut. Foto sumber JAIM

MELAKA - Seorang lelaki sanggup gadai nyawa dengan bersembunyi di bawah kompresor pendingin hawa di luar tingkap tingkat 13 sebuah kondominium di Kota Laksamana di sini bagi mengelak dicekup khalwat.

Lelaki berusia 26 tahun itu didapati berbaring di bawah komponen berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi sekitar jam 1.40 pagi Jumaat.

Menurut sumber, lelaki itu bersama pasangannya berusia 25 tahun pada awalnya enggan membuka pintu ketika pemeriksaan dijalankan selepas pihak berkuasa menerima maklumat awal.

“Pada awalnya wanita berkenaan cuba mengelirukan PPA dengan mengatakan tiada sesiapa di dalam rumah tersebut.

**media[3488330]**

“Namun, selepas PPA memeriksa bahagian koridor dan luar tingkap unit berkenaan, mereka menemukan lelaki itu yang berbaring tanpa baju di bawah kompresor pendingin hawa tersebut,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati lelaki yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran itu mengaku sudah berkahwin namun dalam proses perceraian, manakala wanita berkenaan masih bujang.

“Kedua-duanya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan bukan pasangan sah, mereka ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.

**media[3488331]**

“Apabila seorang lelaki Islam dan perempuan Islam yang bukan mahram tidak mempunyai hubungan sah di sisi syarak berada bersama dalam keadaan bersekediaman, berkurung atau bersunyi sehingga menimbulkan syak, ia merupakan satu kesalahan,” katanya.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.