"Sanggup Sorok Dadah Dalam Al-Quran" - Pasangan Suami Isteri Cuba Seludup Dadah Dalam Penjara

24 May 2023 • 5:44 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dadah sememangnya musuh negara. Hanya kerana dengan terlibat dengan dadah, satu institusi kekeluargaan itu boleh musnah dan merebak ke komuniti setempat. Pembanterasan penyeludupan dadah wajar diperbanyakkan dan diteruskan.

Di Indonsia sepasang suami isteri ditahan polis selepas didakwa cuba menyeludup dadah ke dalam Penjara Remaja Madiun, Jawa Timur.

Cuba mengaburi pihak berkuasa, pasangan terbabit tergamak menyorokkan dadah jenis methamphetamine seberat 14.98 gram di dalam sebuah al-Quran ketika mengadakan lawatan ke penjara berkenaan.

Ketua Pejabat Wilayah Kemenkumham Jawa Timur, Imam Jauhari menjelaskan tangkapan itu berjaya dilakukan sekitar pukul 9.30 pagi di lokasi kejadian.

Ia bermula dengan syak wasangka daripada seorang pegawai penjara yang curiga dengan barangan dibawa suspek. Mujur tindakan pantas dari pihak polis menyedari niat jahat pasangan terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved