Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen

6 Aug 2022 • 11:08 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang tak bertanggungjawab betul!

Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen. Terbaharu, kecoh di media sosial mengenai satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki yang bergurau sambil memberi seorang bayi menghisap vape atau rokok elektronik.

Video tersebut sudah tentunya mendapat kecaman hebat daripada netizen yang terkejut dengan tindakan tidak masuk akal itu. Difahamkan, klip video berdurasi 15 saat itu telah dimuatnaik oleh seorang wanita di Instastory beliau.

Klip video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai fanaizty. Berdasarkan video tersebut, jelas kelihatan bayi itu sedang menghisap rokok elektrik sambil diriba oleh seorang lelaki tanpa rasa bersalah.

Paling menyedihkan, menerusi video itu, tindakan lelaki tersebut telah disokong oleh seorang wanita sambil menyebut “abi tekan rekodlah, nanti dia sedut”.

Disekolahkan netizen kerana tindakan tersebut

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter berang dengan tindakan tersebut dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera serta menahan lelaki dan wanita berkenaan.

image is not available
Sanggup ‘Suap’ Vape Kepada Bayi Demi Konten, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

image is not available
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

Berdasarkan tinjauan daripada ruangan komen juga mendapati, banyak pihak yang bersimpati dengan nasib bayi tersebut.

Beberapa laporan telah pun dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab.

image is not available
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

Pasangan itu bukan ibu dan ayah bayi tersebut?

Namun, terdapat komen yang menarik perhatian pengguna di Twitter. Seorang pengguna Twitter telah mendedahkan bahawa pasangan tersebut bukanlah ibu dan ayah kepada bayi ‘malang’ tersebut.

Sebaliknya, mereka hanyalah pasangan kekasih dan wanita tersebut merupakan ibu saudara kepada bayi tersebut.

image is not available
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

image is not available
Komen Netizen. Kredit Foto: Twitter fanaizty

‘Report’ kepada pihak yang bertanggungjawab!

Oleh itu, sekiranya terdapat lagi perkara sebegini berlaku, orang awam dinasihatkan untuk membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Aduan boleh disalurkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Aduan boleh dilakukan menerusi Whatsapp 019-2615999 dengan menyertakan bukti laporan.

Pernah berhadapan dengan masalah lain tetapi tidak tahu cara membuat aduan? Rujuk di sini: