Sangka Cepat Hancur? Ini Tempoh Masa Sebenar Beg Plastik Terurai

Environment
31 Dec 2025 • 12:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sangka Cepat Hancur? Ini Tempoh Masa Sebenar Beg Plastik Terurai

Pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembuangan sampah merupakan salah satu isu yang amat membimbangkan semua pihak.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang membuang sampah merata-rata telah menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar.

Misalnya, pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bau dan sebagainya. Selain itu juga, longgokan sampah bukan sahaja mencacatkan pandangan, malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit serta gangguan ekosistem.

Pembuangan sampah seperti plastik, botol, tin minuman, mengakibatkan ekosistem negara tercemar. Malah, plastik juga merupakan salah satu bahan yang sukar untuk terurai.

Pembuangan plastik di merata tempat juga bukan hanya mengakibatkan berlaku ancaman kepada hidupan alam seperti haiwan-haiwan di laut, malah ia juga mengambil masa yang lama untuk betul-betul terhapus.

Berapa lama untuk plastik terurai

Menurut Center for Biological Diversity, satu beg plastik mengambil masa kira-kira 1,000 tahun untuk terurai. Namun begitu, istilah terurai dikatakan tidak tepat kerana plastik tidak mereput seperti bahan organik yang lain.

Selain itu, kebanyakan mikroorganisma tidak mampu menguraikan plastik dan ini menyebabkan ia hanya mengalami proses fotodegradasi akibat pendedahan kepada sinaran ultraungu.

Walaupun beg plastik akhirnya akan hancur menjadi serpihan kecil, ia tidak akan hilang sepenuhnya. Sebaliknya, ia hanya membentuk mikroplastik yang kekal dalam alam sekitar dan terus memberi kesan buruk kepada ekosistem dan hidupan.

BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Nama Stesen MRT “Kalantan Station” Di Thailand

Beg plastik dikatakan mula digunakan sekitar tahun 1950-an. Jadi, sepanjang tempoh itu hingga kini, para saintis menggunakan ujian respirimetri, iaitu bahan yang diletakkan dalam tanah berudara yang mengandungi mikroorganisma.

Kemudian, jumlah karbon dioksida yang dihasilkan oleh mikroorganisma akan diukur sewaktu proses penguraian berlaku.

Sekiranya bahan tersebut bersifat organik, paras karbon dioksida akan meningkat dan ini akan memberikan gambaran kepada para saintis tentang kadar penguraiannya.

Namun begitu, beg plastik tidak menghasilkan sebarang karbon dioksida dan ini menandakan bahawa mikroorganisma tidak memakannya.

Sekiranya beg plastik tidak terdedah kepada sinaran ultraungu kerana tertanam di dalam tanah, ia akan terus kekal untuk tempoh yang panjang.

BACA: Bukan Saja-Saja, Rupanya Ini Sebab Bola Tenis Berwarna Kuning

Selain itu juga, penghasilan beg plastik memerlukan penggunaan bahan api fosil yang tinggi. Menurut satu anggaran, sehingga 12 juta tong minyak digunakan setiap tahun.

Selain itu juga, apabila beg plastik tersebut tidak lagi digunakan, ia boleh menjadi rantaian makanan kepada hidupan liar.

Haiwan seperti burung dan ikan sering memakan plastik tersebut dan kemudiannya akan memberi kesan buruk kepada ekosistem.

Jadi, walaupun mengehadkan penggunaan beg plastik merupakan langkah yang baik, mencari alternatif lain seperti menggunakan beg kain juga tidak semestinya menyelamatkan alam sekitar.

Malah, beg kain juga mengandungi jumlah karbon yang ketara dan memerlukan ribuan kali penggunaan untuk mengimbangi alam sekitar. Justeru, idea yang baik adalah menggunakan semula apa jua beg yang sudah ada di rumah, sama ada beg kain atau beg plastik.

BACA: Plastik Boleh Jadi Racun: 7 Cara Mudah Kurangkan Bahaya

Sumber: Mental Floss

The post Sangka Cepat Hancur? Ini Tempoh Masa Sebenar Beg Plastik Terurai appeared first on Siakap Keli.