
SANSU8 Band, yang terdiri daripada ahli keluarga, menjadi pendatang baharu dalam arena hiburan negeri dengan misi untuk memelihara bahasa ibunda anak negeri Sabah.
Band yang berasal dari Sipitang ini menampilkan Joseph sebagai vokalis dan ketua kumpulan, bersama anak-anaknya, iaitu Didie (gitar utama), Andy (bass), Amy (dram) dan Rena (gitar kedua).
AdvertisementMenurut Joseph, impian untuk menubuhkan band sendiri sudah lama terpendam sejak zaman remajanya.
Minat mendalam itu akhirnya membawa kepada penubuhan Sansu8 Band, dan lebih istimewa, ia dibentuk bersama anak-anaknya yang juga aktif dalam pertandingan muzik di Kota Kinabalu.
