Sanum, Rambai bantu operasi pindah gajah jantan liar di Jeli

LocalEnvironment
26 Jul 2026 • 4:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sanum, Rambai bantu operasi pindah gajah jantan liar di Jeli
Dua ekor gajah denak bernama Sanum dan Rambai membantu operasi pemindahan seekor gajah liar jantan dewasa yang memasuki kebun buah-buahan dan kelapa sawit sehingga menyebabkan kerugian kepada penduduk di Kampung Sungai Long, Batu Melintang, Jeli sejak 4 Jun lalu. Foto: JELI KITO
Image from: Sanum, Rambai bantu operasi pindah gajah jantan liar di Jeli
Gajah berkenaan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai bagi mengurangkan konflik antara manusia dan hidupan liar di kawasan berkenaan.. Foto: JELI KITO

JELI - Dua ekor gajah denak bernama Sanum dan Rambai membantu operasi pemindahan seekor gajah liar jantan dewasa yang memasuki kebun buah-buahan dan kelapa sawit sehingga menyebabkan kerugian kepada penduduk di Kampung Sungai Long, Batu Melintang di sini sejak 4 Jun lalu.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima aduan berulang daripada penduduk mengenai kehadiran gajah liar yang menceroboh kawasan kampung serta memusnahkan tanaman.

"Susulan aduan yang diterima serta aduan berulang daripada penduduk, jabatan melaksanakan tindakan pengurusan dan pemantauan konflik gajah liar bermula 8 Jun sebelum diteruskan secara berkala pada 11, 13, 16 dan 17 Julai," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

**media[3595334]**

Menurut beliau, hasil pemantauan dan pengecaman mendapati gajah berkenaan berasal daripada Kumpulan ID Gunung Basor dengan lokasi tangkapan dianggarkan kira-kira tiga kilometer dari kawasan Hutan Simpan berhampiran.

Ujarnya, gajah itu kemudiannya dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai bagi mengurangkan konflik antara manusia dan hidupan liar di kawasan berkenaan.

Tambah beliau, langkah berkenaan bukan sahaja bagi menjamin keselamatan penduduk, malah memastikan kelangsungan pemuliharaan spesies gajah di habitat semula jadinya.

Wan Mohd Adib memberitahu, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti berisiko dan bersedia mengambil tindakan segera sekiranya menerima aduan baharu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bertindak sendiri sekiranya terserempak dengan gajah liar, sebaliknya segera melaporkan kepada Perhilitan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved