Sanusi dijangka hadir 'Ceramah Mega PN PRK Parlimen Pulai'

Politics
6 Sep 2023 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sanusi

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka akan hadir menyertai Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada Jumaat malam.

Timbalan Pengarah PN bagi PRK Parlimen Pulai, Mohd Solihan Badri berkata, ceramah mega itu turut menampilkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengenai lokasi Ceramah Mega PN itu, jelasnya ia akan diadakan di Kempas, namun lokasi terperinci masih belum diputuskan.

"Saya difahamkan Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN berkemungkinan besar akan menyertai Ceramah Mega PN, PRK Parlimen Pulai.

"Pastinya kehadiran Panglima Pas itu akan menarik kehadiran ribuan orang ramai di Parlimen Pulai dan ceramah mega itu turut akan disiarkan menerusi media sosial," katanya.

Mohd Solihan yang juga Naib Pengerusi PN Johor berkata demikian selepas membantu kempen calon PN Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar di Bukit Indah.

Pada 23 Ogos lalu, Sanusi hadir di Markas Pas di Bakri, bagi pelancaran jentera dan pengisytiharan calon PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Kehadiran Sanusi itu menarik perhatian ramai selain dinanti ahli parti dan ketibaannya pada kira-kira 10 malam disambut sorakan serta takbir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved