Sanusi hantar LOD kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 2:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sanusi hantar LOD kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan pasukan peguamnya sedang menguruskan penyerahan surat tuntutan (LOD) terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataannya ketika ceramah di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, tindakan undang-undang itu diambil terhadap individu yang didakwa memanipulasi, menokok tambah serta memberikan ulasan di luar konteks sebenar terhadap ucapannya.

Menurut beliau, langkah tersebut bertujuan memberi pengajaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan tafsiran yang tidak tepat terhadap kenyataan yang dibuat.

“Mereka memutar belit, menokok tambah, mengada-adakan perkara yang tiada, memberi komen berasaskan sumber yang telah diputar belit tanpa diperiksa, selain memesong dan memanipulasi ucapan saya di luar maksud sebenar.

“Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Berdasarkan paparan LOD yang dimuat naik Muhammad Sanusi, individu pertama yang menerima surat berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang didakwa memanipulasi kenyataannya berkaitan sejarah demi kepentingan politik.

Beliau turut memaklumkan laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataan tersebut, selain menegaskan ucapannya hanya berdasarkan fakta sejarah dan tidak ditujukan kepada mana-mana kaum atau pihak tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim pada Ahad lalu telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pemimpin politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai petikan ucapan Muhammad Sanusi dalam ceramah berkenaan.

Muhamad Mat berkata, dakwaan kononnya Muhammad Sanusi menyebut frasa ‘Kalau India balik ke India, kalau Cina balik ke China’ adalah tidak tepat, menghasut serta berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat di negara ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Muhammad Sanusi menegaskan ucapannya dalam kempen di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini hanya merujuk kepada fakta sejarah Tanah Melayu bukannya menafikan hak kerakyatan mana-mana kaum.

Jelasnya, ucapannya itu tidak pernah menafikan hak kerakyatan mana-mana kaum, sebaliknya berlandaskan pandangan tokoh antarabangsa seperti Oliver Stanley, Lord Killearn dan Lord Ogmore. – KOSMO! ONLINE

The post Sanusi hantar LOD kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved