Sanusi harap Nurul Izzah menang -“Saya akan tulis warkah untuk dinda”

LocalPolitics
14 May 2025 • 8:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyatakan harapan agar Nurul Izzah menang jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung hujung bulan ini.

Sanusi harap Nurul Izzah menang, tapi tak campur urusan pemilihan parti lain

Memetik laporan dari Utusan, Sanusi memaklumkan walaupun PAS tidak mencampuri urusan pemilihan parti lain, keputusan dalam PKR penting memandangkan mereka parti kerajaan yang sedang mentadbir negara.

“Saya berpegang kepada pandangan ataupun arahan Timbalan Presiden Pas bahawa Pas tidak campur tangan dalam urusan pemilihan parti lain, tapi kerana mereka parti kerajaan setidak-tidaknya siapa yang menang akan beri impak kepada kerajaan selepas ini,” katanya.

image is not available

Sanusi harap Nurul Izzah menang, sebab tak pernah kutuk beliau

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyatakan secara terbuka sokongannya dan harap Nurul Izzah menang dalam pemilihan tersebut.

“Saya harap pemilihan itu berlaku dengan lancar. Orang yang menang adalah orang yang lebih baik untuk negara. Kalau Izzah lebih baik, Izzah lah. Kalau Rafizi, Rafizi lah.
Tapi saya harap Izzah menang, dia tak kutuk saya. Kalau dia menang saya akan tulis warkah kepada dinda,” katanya berseloroh.

image is not available

Dah biasa jadi sasaran

Sanusi turut menyentuh tentang namanya disebut dalam ceramah Rafizi di Kulim baru-baru ini dan mengatakan beliau sudah lali dijadikan sasaran.

“Di Malaysia sekarang netizen, fake account atau orang sebenar sekali pun, siapa nak popular hentam Sanusi. Saya jadi punching bag mereka untuk cepat popular.
Sebab depa kata siapa boleh hentam Sanusi dia hebatlah tapi mesti bersedia dengan jawapan balas, kalau sanggup tahan telinga silakan,” ujarnya.

image is not available

Menteri Besar Kedah itu juga menyatakan beliau tidak mahu campur tangan dalam hal dalaman PKR, dan menyerahkan kepada ahli parti itu untuk memilih calon terbaik.

“Saya tak boleh beri komen banyak tentang hal itu, hal rumah tangga orang. Mereka sedang ketuk belanga, pinggan pecah, belanga terpelanting kita dengar sahaja dulu. Nanti kalau siapa minta tolong kita pi lah tolong,” katanya.

Sekadar info, pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR bakal menyaksikan Nurul Izzah mencabar penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli, selepas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia (Aimy Ahmad)