Sanusi perlu dedah dalang gagalkan projek Langkasuka

LocalPolitics
26 Nov 2024 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Muhammad Kamil

image is not available
Tangkap layar laporan Sinar Harian pada Isnin.

SHAH ALAM - Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu mendedahkan dalang yang terlibat dalam menggagalkan pelaburan swasta di Kedah seperti dakwaannya.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, jika Muhammad Sanusi gagal berbuat demikian, ia membuktikan tindakan beliau membuat dakwaan itu hanya helah untuk menutup kelemahan diri.

“Kalau dia tak dedahkan, kalau dia hanya bercakap kosong dengan buat kenyataan umum macam itu, saya anggap Sanusi berbohong. Kalau betul ada pakatan untuk gagalkan projek Langkasuka, perlu tunjuk (bukti).

“Jika benar ada komplot, dedahkan siapa yang terlibat, agensi mana yang menggagalkan usaha tersebut. Kalau tak, Sanusi jadi seorang Menteri Besar yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Kamil berkata, tindakan Muhammad Sanusi itu ibarat meletakkan beban atau kesalahan sendiri kepada orang lain.

“Kalau betul ada agensi, pihak kerajaan atau projek Persekutuan yang terlibat, beliau perlu jelaskan.

“Tidak menjadi masalah jika kerajaan negeri buat pengakuan kegagalan projek itu datang daripada kelemahan sendiri.

“Katalah, ‘buat masa sekarang, kita tidak ada keupayaan untuk realisasikan pelaburan ini kerana kekangan dari sudut itu dan ini’, itu cara yang betul untuk hadapi masalah, bukan letakkan beban kepada orang lain bila sudah gagal,” tegasnya.