Sanusi yakin PAS tetap relevan, berpandu syarak hingga akhir zaman

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 8:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Islam Se-Malaysia atau PAS tetap relevan sepanjang zaman kerana berteraskan politik Islam dan menjadikan syarak sebagai garis panduan utama dalam merencana hala tuju parti.

image is not available

Sanusi yakin PAS tetap relevan

Memetik laporan dari Sinar Harian, perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa parti yang berpaksikan Islam akan terus kekal hingga akhir zaman.

“Pas tetap relevan sepanjang masa, jika kita berpandukan pada syarak, kita akan relevan daripada zaman Nabi Adam sehingga hari kiamat, jangan takut.

“Sekiranya perlu dijenamakan semula, Pas perlu melihat pada ketetapan syarak agar tidak menyimpang daripada prinsip dan teras itu kerana kita parti politik Islam. Rujukan kita berpandukan al-Quran, hadis, Ijmak dan Qiyas,” katanya.

image is not available

PAS tetap relevan, gerakkan dakwah melalui politik

Tambah Sanusi lagi, mereka yang beranggapan PAS sudah tidak relevan adalah disebabkan dipengaruhi oleh anasir luar.

Parti itu akan terus berperanan seperti sejak awal penubuhannya dalam menggerakkan dakwah dan tarbiyah melalui politik Islam.

image is not available

Ramai tokoh hebat dalam PAS

Kenyataan ini dibuat selepas penganalisis ekonomi, Dr Mohd Azwardi Md Isa mencadangkan agar PAS dijenamakan semula untuk kekal relevan dengan menyesuaikan dasar dan ideologi mengikut perubahan politik, ekonomi serta sosial semasa.

Sanusi menegaskan bahawa walaupun politik berubah, PAS tetap berpegang teguh kepada perjuangan Islam menerusi pendidikan, tarbiah dan pilihan raya.

“Jika bab ekonomi, kita ada pakar-pakar ekonomi malah ahli sukan tersohor. Di peringkat antarabangsa, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merupakan tokoh besar dalam isu-isu antarabangsa,”ujarnya.

Susulan daripada itu, beliau menyeru agar rakyat mengenali PAS dengan lebih mendalam sebelum membuat tanggapan terhadap parti tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Roslinda Hashim)