SAPP sudah kenal pasti kerusi untuk ditandingi

LocalPolitics
2 Sep 2024 • 3:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Izzah Amirah

Kota Kinabalu: Parti Maju Sabah (SAPP) sudah mengenal pasti beberapa kerusi yang berpotensi ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, bagaimanapun tidak mendedahkan kerusi yang bakal ditandinginya kerana belum ada perbincangan rasmi dalam kalangan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, setakat ini hanya ada perbincangan tidak rasmi, namun soal agihan kerusi belum lagi dibincangkan secara rasmi setakat ini.

“Sasaran kerusi PRN belum lagi dibincangkan, jadi kita belum tahu. Bisik-bisik itu ada, tapi swcara formal belum ada.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Namun, bagi SAPP kita memang ada kenal pasti beberapa kawasan yang kita ada potensi untuk bertanding di bawah GRS.

“Selain itu, kita juga melihat kawasan di mana SAPP boleh menjadi parti yang menyokong calon dari parti lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan SAPP 2024 di Putra Ballroom, di sini, pada Ahad.

Ketika ini SAPP tidak menyandang mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas kalah semua kerusi diwakilinya atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRN16, September 2020.

Bagaimanapun, selepas pilihan raya itu, SAPP diberi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik yang disandang Yong.

Sebelum ini, SAPP pernah menyandang beberapa kerusi, khususnya di kawasan bandar dengan majoriti pengundi Cina seperti Likas dan Luyang di Kota Kinabalu serta Tanjung Papat dan Elopura di Sandakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.