Sapura Resources, MRO jalin kerjasama sediakan perkhidmatan penerbangan

Business & Finance
18 Jul 2024 • 6:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sapura Resources, MRO jalin kerjasama sediakan perkhidmatan penerbangan

syaza

18/07/2024 - 18:15

KUALA LUMPUR 18 Julai - Anak syarikat milik penuh Sapura Resources Bhd, Sapura Aero Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama MRO Sdn Bhd bagi menyediakan pesawat dan perkhidmatan berkaitan penerbangan.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata, perkhidmatannya termasuk pengurusan pesawat, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, pengendalian darat dan tempat letak pesawat.

image is not available


Pembentukan syarikat JV akan menghasilkan penciptaan organisasi yang boleh berkembang menjadi pemain serantau utama.


“Syarikat itu akan menawarkan rangkaian perkhidmatan penuh untuk jet peribadi termasuk pengurusan pesawat dan pengendalian darat .


“Melalui kelulusan kawal selia, syarikat itu akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk bersaing dengan pemain besar lain dalam pasaran," kata kumpulan itu. - DagangNews.com