SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana ditangguhkan

12 Feb 2023 • 8:39 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini, ditangguhkan berikutan keadaan gelap di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata SAR ditangguhkan pada 9 malam ini dan bersambung 7.30 pagi hari ini.

Beliau berkata pencarian Muhammad Riqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun itu akan difokuskan di tepi tebing sungai.

“Semasa kejadian, dua mangsa berkenaan dipercayai bermain air berhampiran longkang berkenaan bersama tiga lagi rakannya,” katanya ketika dihubungi Bernama malam semalam.

Petang tadi, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Mangsa dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved