SAR: Unit dron bantu cari warga emas hilang

16 Dec 2023 • 2:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ab Manan dilaporkan hilang selepas menghadiri Majlis Santapan bersama Sultan Johor di Dataran Tasek Kluang di sini pada Khamis.

image is not available
Bahrin (tiga dari kanan) memberikan penerangan kepada pasukan penyelamat berkaitan operasi mencari dan menyelamat seorang veteran komando yang dilaporkan hilang pada Khamis.

KLUANG - Operasi mencari dan menyelamat warga emas yang dilaporkan hilang pada Khamis dipergiatkan dengan bantuan unit dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pencarian bekas anggota Gerup Gerak Khas (GGK) itu pada hari kedua turut membabitkan penambahan aset dan anggota.

**media[2463497]**

"Jumlah keanggotaan ditambah daripada 50 kepada 80 orang terdiri daripada Polis Daerah Kluang, Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang, Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dan sembilan buah bot.

"Jarak pencarian juga ditambah melibatkan bahagian atas dan hilir tempat kejadian dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejauh kira-kira lapan kilometer," katanya dalam sidang akhbar di Kampung Palembang di sini pada Sabtu.

Menurut Bahrin, pencarian membabitkan tiga sektor iaitu di bahagian kiri dan kanan tebing sungai, bahagian dasar dan selaman dari Simpang Sungai Melantai hingga ke Jambatan kedua Jalen Paloh.

Sementara itu, anak mangsa, Mohamad Shahfullah Ab Manan, 29, berharap bapanya, Ab Manan Keri, 73, dapat ditemui dalam apa keadaan sekali pun.

"Saya dan keluarga sentiasa berdoa agar ayah dapat ditemui dalam keadaan selamat.

"Sama-sama kita berdoa agar ayah dapat ditemui dalam keadaan selamat dan amat berterima kasih atas usaha yang dilancarkan oleh pasukan penyelamat," katanya.