SARA RM100 dikredit pada 9 Februari : Anwar

LocalPolitics
5 Jan 2026 • 12:38 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasan berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat perutusan Tahun Baharu 2026 dan Perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, berkata, ia melibatkan seramai 22 juta rakyat.

“Bantuan ini dikreditkan pada 9 Februari bagi maksud persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Manakala SARA bulanan sehingga RM200 akan disalurkan bermula 9 Januari ini.

View this post on Instagram

A post shared by Scoopdotmy (@scoopdotmy)


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberitahu, sumbangan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari manakala bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 iaitu berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari ini. 

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 akan dikreditkan pada 13 Januari kepada semua pelajar sekolah dan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam.

Ia bagi membantu keluarga membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan baharu.

"Bantuan meliputi pelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk Tingkatan Enam itu bertujuan meringankan perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa,'' katanya. - 5 Januari, 2026

 

The post SARA RM100 dikredit pada 9 Februari : Anwar appeared first on Scoop.