
Pempengaruh asal Singapura, Sarah Yasmine dilihat telah menyertai uji bakat filem Polis Evo terbitan Astro Shaw yang telah diadakan semalam.
Menerusi satu hantaran di Instagram Astro Gempak, wanita yang pernah dikaitkan dengan skandal pelakon Aliff Aziz itu kelihatan yakin ketika sesi uji bakat itu.
Menurut Sarah, dia memang menggemari filem aksi dan tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib dalam penghasilan filem berkenaan.
Dia juga mengakui berasa gementar ketika sesi itu selain memaklumkan telah memilih watak Ira Kalila.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil melontarkan pendapat pelbagai yang rata-ratanya mengecam Sarah.


Kata netizen, lebih banyak orang tempatan yang lebih layak menyertai uji bakat selain ada yang mengungkit kontroversi perampas melibatkan dirinya dengan Aliff Aziz dan Bella Astillah sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Saya Meniarap, Dia Cuba Masukkan Tangan Ke Dalam..." - Yasmin Hani Dedah Pernah Kena Gangguan S*ksual
The post Sarah Yasmine ‘Audition’ Filem Polis Evo, Netizen Dakwa Nampak Kekok- “Tolonglah Jangan Kutip Penyondol” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
