Sarah Yasmine beri amaran jangan kacau Bella & Didi Astillah -“Mereka sedang kerja”

Entertainment
2 May 2024 • 8:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Wanita yang mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine beri amaran jangan kacau Bella Astillah dan Didi Astillah berikutan mereka sedang sibuk bekerja.

Bangga dengan kejayaan Bella

Perkara tersebut dinyatakan Sarah menerusi Insta Story miliknya dengan memuat naik tangkapan layar perbualan antaranya dan Didi Astillah bagi meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Bella.

“So you all jangan kacau Bella dan Didi sebab diorang busy sekali dengan kerja dan kita bertiga sekarang akan buat apa yang kita sepatutnya buat now,” tulisnya.

image is not available

Sarah Yasmine beri amaran jangan kacau Bella & Didi

Sarah Yasmine mendedahkan hal tersebut bagi menjawab spekulasi tentang hubungan mereka dan berpesan kepada yang mahu melihat mereka bergaduh untuk melupakan hal tersebut memandangkan masing-masing tahu kebenaran dan kejujuran antara satu sama lain.

Jadi, dia memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat mereka.

image is not available

Sarah Yasmine beri amaran jangan ganggu Bella sebab sedang sibuk

Perkongsian yang dibuat oleh wanita terbabit bagi membolehkan semua orang tahu bahawa mereka tidak bermusuhan walaupun apa yang sudah berlaku sejak kebelakangan ini.

Sarah juga dilihat sudah berhenti berkongsi pendedahan demi pendedahan berkenaan Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies sejak beberapa hari kebelakangan ini.

image is not available

Terdahulu, wanita asal Singapura itu telah menggemparkan industri seni Tanah Air apabila berkongsi tangkapan layar perbualan mesej di platform WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang merancang seperti mahu menjatuhkan Bella Astillah.

Susulan daripada itu, beberapa nama artis turut terheret sama sehingga pihak Persatuan Seniman Malaysia mengambil tindakan mengeluarkan kenyataan media meminta Sarah berhenti membuka aib artis-artis Malaysia.

image is not available

Dalam pada itu, Bella Astillah dilihat memilih untuk tidak terlalu memberi respon berhubung isu terbabit kerana fokus terhadap persembahannya mewakili Malaysia di China beberapa hari lepas.

Sumber: Instagram Sarah Yasmine