Sarah Yasmine dalam senarai 11 wanita pernah jalin cinta dengan Aliff -Bella Astillah

Entertainment
24 Apr 2024 • 4:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti terkenal, Bella Astillah mendedahkan Sarah Yasmine dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan cinta dengan suaminya Bella Astillah.

Menerusi laporan dari Berita Harian, Bella menyatakan yang dirinya tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat wanita yang mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz.

Bella tak terkejut pendedahan Sarah

Dia juga memaklumkan bahawa wanita terbabit merupakan antara sebelas perempuan yang pernah menjalinkan cinta dengan suaminya.

“Saya tak terkejut sebab itulah wanita dalam senarai kekasih Aliff pernah disebut sebelum ini. Kan saya letak ‘recorder’ (peranti perakam suara) dalam kereta, jadi saya tahu siapa wanita itu,” ujarnya.

image is not available

Sarah Yasmine dalam senarai 11 wanita pernah jalin cinta dengan Aliff

Ujar Bella lagi ketika ditemui sumber sewaktu berada di rumah terbuka Universal Music di sebuah hotel, dia pada awalnya tidaklah tahu cerita tersebut secara terperinci, tetapi bersyukur apabila satu demi satu kebenaran akhirnya terbuka.

Pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu turut mengakui sudah move on dengan apa yang berlaku dan mengambil pendekatan untuk keluar bekerja serta berharap agar segala urusan dipermudah.

“Cumanya, saya tak tahu secara terperinci apa yang diceritakan itu. Tapi, saya rasa inilah kemanisan untuk orang yang bersabar dan kebenaran akan datang dengan sendiri.

“Sebenarnya, saya sudah ke arah ‘move on’. Saya bekerja dan gembira dengan anak-anak.

“Bila perkara ini datang terkejut juga, tapi pada masa sama, saya rasa Allah hendak permudahkan,” katanya.

image is not available

Sarah Yasmine dalam senarai 11 wanita, dah jumpa wanita itu

Dalam pada itu, Bella juga memaklumkan yang sudah bertemu dengan Sarah Yasmine kira-kira seminggu lalu dan berkeras mahu menjelaskan perkara tersebut.

“Sarah cari saya dulu, dia hubungi dan mesej di WhatsApp. Kemudian kami berjumpa kira-kira seminggu lalu.

“Sebab itu jugalah saya dan Sarah saling mengikuti satu sama lain di Instagram,” jelas Bella.

image is not available

Terdahulu, wanita berkenaan yang mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz sejak awal tahun 2024 telah membuka episod baru kecurangan aktor terbabit dengan mendakwa dipergunakan oleh selebriti wanita, Ruhainies.

Wanita dipercayai asal Singapura itu ada mendedahkan yang Aliff ada meminta bantuannya selepas kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada 9 Mac lalu.

Susulan daripada itu, Bella Astillah telah menfailkan penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac 2024.

Sumber: Berita Harian (Affan Rostam)