Saranan Laksanakan Solat Hajat Bagi Mendoakan Kesejahteraan Malaysia

1 Jun 2023 • 9:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Susulan kenyataan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung solat Hajat bagi mendoakan kesejahteraan negara berikutan fenomena cuaca panas dan kering yang berlarutan, Jabatan ini menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Hajat tersebut selepas solat Isyak pada 1 Jun 2023 (Khamis).

Sesungguhnya fenomena alam yang berlaku saban waktu adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Semoga rakyat Malaysia dihindarkan dari sebarang kemudaratan dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.