Saranan PAS Hidupkan Semula Kerjasama Melalui MN Tidak Ikhlas – Presiden UMNO

Politics
26 Feb 2024 • 11:45 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan PAS supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

Saranan PAS hidupkan semula kerjasama

image is not available

“Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan UMNO tetapi mereka. Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.

“Saya tidak rasa mereka ikhlas dalam buat tawaran itu,” katanya selepas melancarkan Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) di Cyberjaya pada Ahad.

image is not available

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama yang dibentuk pada 14 Sept 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved