
Kota Kinabalu: Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Kementerian Pendidikan fokus kepada usaha memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris (BI) di peringkat sekolah di negara ini pada tahun hadapan, amat dialu-alukan dan diraikan.
Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu adalah penting, tetapi pada waktu yang sama penguasaan Bahasa Kebangsaan juga mesti pada tahap terbaik, dan mesti diperkukuhkan. “Lebih-lebih lagi, kita kini berada dalam zaman moden yang terdedah kepada transformasi mencabar serta berhadapan reformasi dalam pelbagai bentuk.
“Kita selalu bercakap mesti mengutamakan bahasa Inggeris. Tetapi apabila kita bercakap dalam Bahasa Inggeris, bahasa yang kita gunakan ‘ke laut’, dan kucar-kacir.
