Sarawak Akan Menguji Konsep “Grab Sampan” – Mendigitalkan Sistem Pengangkutan Melalui Sungai

LocalTechnology
16 Nov 2025 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan negeri Sarawak kini mengatakan sedang pertimbang pengenalan projek “Grab Sampan”, dan akan memulakan projek rintis untuk konsep berkenaan selama enam bulan.  Projek ini akan diuji melalui kerjasama dengan Grab Malaysia, dimana pengguna boleh melakukan tempahan pengangkutan melalui sungai.

image is not available

Untuk tujuan projek rintis ini, ia akan dilaksanakan bermula di Tebingan Sungai Kuching, dan akan melibatkan lapan lokasi untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Sampan elektrik akan digunakan, yang akan hadir bersama sokongan tempahan digital dan juga pembayaran nirtunai – seperti penawaran Grab yang lain.

Langkah ini juga dijangka akan memudahkan pengangkutan di negeri tersebut. Sekiranya semua berjalan lancar melalui projek rintis ini, tidak mustahil pengenalan dan pelaksanaannya diperluaskan di negeri tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved