
Selain Sarawak, Selangor dan KL turut menerima pelawat domestik 2023 paling banyak
Sarawak Antara Negeri Paling Banyak Terima Pelawat Domestik Pada 2023. Selangor muncul sebagai negeri paling banyak dikunjungi pelancong domestik pada tahun 2023, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Selangor merekodkan 27.6 juta pelawat domestik pada tahun lalu manakala Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing menerima 22.2 juta dan 17.9 juta pelawat domestik.

Prestasi pelancongan domestik di Malaysia mengalami peningkatan mendadak pada 2023 dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM84.9 bilion berbanding RM64.1 bilion pada 2022.
Menurut laporan, perbelanjaan tertinggi adalah untuk membeli-belah (36.3%), diikuti makanan & minuman (16.3%) dan pembelian bahan api kenderaan (13.2%). Melawat saudara-mara & rakan menyumbang 33.6% tujuan pelancongan domestik, manakala membeli-belah adalah tujuan kedua (32.6%).
Untuk suku pertama 2024 pula, perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan RM24.1 bilion, melonjak 25.3% tahun ke tahun. Bilangan pelawat domestik turut meningkat 19% kepada 58.6 juta berbanding suku sama 2023, dan meningkat 6.5% berbanding suku keempat 2023.
Malah, Sarawak juga antara negeri penyumbang terbesar eksport Malaysia 2023

Selain itu, dilaporkan bahawa Sarawak juga antara salah satu negeri penyumbang utama eksport Malaysia 2023.
Untuk makluman, lima negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Sarawak mencatatkan sumbangan 80.9% daripada jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2023, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


