Sarawak Bakal Bekal Elektrik ke Sabah dan Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini

26 May 2025 • 11:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak Bakal Jadi “Battery of ASEAN”? Ini Apa Yang Tengah Jadi Sebenarnya

Sarawak Bakal Bekal Elektrik ke Sabah dan Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini. Kalau korang fikir Sarawak hanya tumpu pada bekalan elektrik dalam negeri je, korang silap besar. Sarawak kini bersedia untuk bekalkan tenaga elektrik kepada Sabah menjelang hujung tahun ni – dan bukan setakat tu je, malah sasar nak jadi pemain penting dalam grid tenaga ASEAN.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak akan mula membekalkan elektrik kepada Sabah melalui grid Sarawak yang disambungkan ke Sipitang. Menurut laporan media tempatan, bukan Sabah je yang bakal rasa nikmatnya – Brunei pun masuk dalam senarai penerima bekalan elektrik Sarawak.

image is not available
Sarawak Bakal Bekal Elektrik ke Sabah dan Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini.
Gambar sekadar ilustrasi.

Dan kalau korang nak tahu, ini bukan benda baru pun – selama enam tahun lepas, Sarawak dah pun bekalkan kuasa ke Kalimantan Barat, Indonesia. Power supply Sarawak memang lebih dari cukup, dan mereka dah mula fikir pasal eksport tenaga ke negara jiran.

Masuk Campur PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula baru-baru ni minta Sarawak kaji potensi bekalan tenaga dari Sarawak ke Sabah, dan seterusnya ke Filipina Selatan. Kiranya, dari Sarawak – ke Sabah – ke luar negara.

Premier Abang Jo pun dah janji yang Sarawak akan main peranan penting dalam grid tenaga ASEAN. Beliau bercakap masa sesi panel Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN (AWES) 2025 dekat Kuala Lumpur. Katanya, Sarawak bukan saja nak bekalkan tenaga, tapi juga sumbang ke arah kelestarian dan pendigitalan serantau.

Target Besar: 15 GW Menjelang 2035

Sarawak sekarang ada misi besar – nak hasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030 dan naikkan lagi ke 15 GW menjelang 2035. Tapi Abang Jo kata: “Kami takkan berhenti di situ.”

Malah, Sarawak kini bercita-cita nak jadi ‘Battery of ASEAN’ – pusat pembekalan tenaga bersih untuk negara-negara jiran. Visi ni akan digerakkan dengan tumpuan pada tenaga boleh diperbaharui dan projek sambungan kuasa rentas sempadan.

Kenapa Ini Penting Untuk Rakyat Malaysia?

Dengan misi Sarawak ni, bukan je rakyat Sabah dan Brunei bakal dapat manfaat – malah seluruh ASEAN mungkin akan bergantung pada tenaga bersih dari Malaysia. Tambah pula dengan isu perubahan iklim sekarang ni, usaha ni boleh letak Malaysia sebagai peneraju tenaga mampan serantau.

Sarawak bukan main-main. Mereka dalam proses nak jadi pembekal utama tenaga di rantau ASEAN dengan bekalan ke Sabah, Brunei, Indonesia – dan soon maybe ke Filipina. Dan ya, mereka serius nak jadi “Battery of ASEAN”.

Kalau korang ingat Sarawak hanya pasal laksa dan hutan je – think again.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembangunan Sarawak: