
Mesyuarat ini akan berlangsung dari 20 hingga 25 April 2025
Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33. Sarawak sekali lagi mencuri tumpuan apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) ke-33, yang akan berlangsung dari 20 hingga 25 April 2025. Acara ini bakal menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan serantau dalam pelancongan, warisan, dan budaya!

Persiapan rapi untuk acara bertaraf antarabangsa
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, berkongsi bahawa beliau baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi membincangkan persediaan negeri dalam menganjurkan mesyuarat ini.
“Mesyuarat ini akan menjadi platform penting untuk memperkukuhkan hubungan serantau dalam pelancongan, warisan, dan budaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Niah National Park dapat pengiktirafan UNESCO
Selain berbincang mengenai ASCC, Tiong turut mengambil kesempatan untuk menyerahkan replika Sijil UNESCO bagi Taman Negara Niah kepada Premier Sarawak sebagai tanda penghargaan.
“Pengiktirafan ini bukan sahaja satu kejayaan besar buat rakyat Sarawak tetapi juga menaikkan daya tarikan pelancongan negeri ke peringkat global,” tambahnya.
Dengan pelbagai usaha untuk mempromosikan budaya dan warisan tempatan, Sarawak terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar destinasi pelancongan biasa, tetapi juga pemain utama dalam hubungan serantau ASEAN!
Lagi berita terkini untuk anda di sini:


