Sarawak Bakal Perkenal Sistem Peperiksaan Baru Bagi Pelajar Tahun Enam Dan Tingkatan Tiga

10 Jun 2024 • 5:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perubahan sistem penilaian akademik di Sarawak

Sarawak Bakal Perkenal Sistem Peperiksaan Baru Bagi Pelajar Tahun Enam Dan Tingkatan Tiga. Cadangan untuk mewujudkan sistem penilaian peperiksaan bagi pelajar tahun enam dan tingkatan tiga di Sarawak dijangka akan bermula pada 2026. Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Dr. Azhar Ahmad, mengesahkan perkara tersebut kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Kuching hari ini.

Menurut Datu Dr. Azhar, setakat ini, perkara tersebut masih dalam perbincangan bersama pihak Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta Lembaga Peperiksaan.

image is not available
Sarawak Bakal Perkenal Sistem Peperiksaan Baru Bagi Pelajar Tahun Enam Dan Tingkatan Tiga. Sumber: Berita RTM

Terdahulu, kerajaan negeri telah meminta untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan dasar pendidikan Persekutuan yang telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2021.

Sistem terbaru itu akan diimplementasi pada tahun 2026.

Dalam pada itu, Datu Azhar turut mengulas mengenai lebih 2,000 kekosongan guru di sekolah rendah dan menengah di Sarawak.

Beliau memaklumkan bahawa proses pengisian jawatan tersebut sedang dijalankan secara berterusan.

Pengumuman ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri Sarawak dalam memperkukuh dan menambah baik sistem pendidikan di negeri ini, selaras dengan aspirasi untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada semua pelajar.

Baca lagi artikel menarik: