Sarawak Bakal Tubuhkan Tiga Pusat Astronomi Di Bintulu, Kuching Dan Miri

8 Dec 2024 • 9:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penubuhan tiga pusat astronmi baharu di Sarawak

Sarawak Bakal Tubuhkan Tiga Pusat Astronomi Di Bintulu, Kuching Dan Miri. Sarawak bakal melakar sejarah baharu dengan penubuhan tiga pusat astronomi di Kuching, Miri, dan Bintulu! Pusat-pusat ini khas untuk belia yang minat mendalami bidang astronomi dan eksplorasi angkasa lepas.

Dilaporkan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menekankan bahawa kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif belia melalui pelbagai program dan dasar. Usaha ini turut melibatkan kerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan.

image is not available
Sarawak Bakal Tubuhkan Tiga Pusat Astronomi Di Bintulu, Kuching Dan Miri. Sumber foto: Berita Harian

Membawa manfaat kepada golongan belia

Kerajaan Sarawak komited untuk membangunkan inisiatif yang membawa manfaat kepada golongan belia, katanya dalam ucapan yang disampaikan oleh Menteri Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sempena pelancaran Hari Belia Sarawak 2024 hari ini.

Ini memang peluang emas untuk anak muda Sarawak yang berminat dalam bidang sains dan teknologi.

Bayangkan, pusat astronomi yang canggih untuk meneroka bintang dan planet, betul-betul di tempat anda! Siapa sangka kan, Sarawak bakal jadi pusat tarikan astronomi?

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved