Sarawak Berada Di Kedudukan Ke-13 Asia, Miliki Simpanan Emas Di Bau Bernilai RM24.3 Bilion

24 Nov 2024 • 3:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Emas di kawasan Bau bernilai RM24.3 bilion

Sarawak Berada Di Kedudukan Ke-13 Asia, Miliki Simpanan Emas Di Bau Bernilai RM24.3 Bilion. Dilaporkan, penemuan 3.3 juta ounce emas di kawasan Bau menjadikan Sarawak berada di kedudukan ke-13 Asia untuk simpanan emas terbesar, dengan nilai anggaran RM24.3 bilion.

Penemuan ini diumumkan pada tahun 2021 oleh Besra Gold Inc. melalui anak syarikatnya, North Borneo Gold Sdn Bhd. Simpanan emas ini telah disahkan mengikut piawaian antarabangsa seperti JORC dan NI 43-101.

image is not available
Sarawak Berada Di Kedudukan Ke-13 Asia, Miliki Simpanan Emas Di Bau Bernilai RM24.3 Bilion. Sumber gambar: The New Straights Times

Projek Emas Bau mampu menarik pelaburan

Kerajaan Sarawak menjangka Projek Emas Bau mampu menarik pelaburan RM1.38 bilion dan mewujudkan hingga 1,000 peluang pekerjaan. Selain perlombongan, rantaian nilai emas seperti pengeluaran emas halus, pembuatan barang kemas, dan perdagangan emas juga dirancang.

Sarawak juga mempunyai deposit mineral bernilai RM1.25 trilion yang penting untuk sektor tenaga dan pembuatan. Setakat 2023, 667.8 km kawasan telah dikaji, dengan kajian lebih lanjut melibatkan kos RM300 juta.

image is not available

Dilaporkan juga, untuk merancakkan industri perlombongan, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Perlombongan dan Kuari 2035 (MQMP 2035) dan Polisi Induk Pembangunan Industri Mineral Sarawak, dijangka siap pada 2025.

Pada 2023, sektor perlombongan menyumbang RM1.48 bilion kepada KDNK dan RM8.76 bilion kepada hasil negeri, selain mewujudkan 6,000 pekerjaan. Sarawak juga memfokuskan pelaburan dalam mineral strategik seperti pasir silika dan nadir bumi untuk industri tenaga hijau dan pembuatan.

Oleh itu, kerajaan komited melatih tenaga kerja mahir dalam sektor perlombongan bagi menyokong pertumbuhan industri ini sehingga 2030.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: